Tuesday, November 24, 2009

Sekarang

Senarai Tugas

1. Menjalankan penilaian teknikal tender untuk perolehan peralatan dan sistem kejuruteraan mekanikal yang baru di institusi kesihatan.

2. Menjalankan kajian teknikal terhadap peralatan dan sistem kejuruteraan di institusi kesihatan untuk tujuan pelupusan dan cadangan perolehan baru.

3. Mengurus dan koordinasi peruntukan tahunan untuk kerja-kerja kecil dan penyelenggaraan yang melibatkan kejuruteraan mekanikal untuk institusi kesihatan.

4. Mengawasi dan melaksanakan projek-projek mekanikal dan kerja-kerja naik taraf di institusi kesihatan.

5. Menyediakan menyemak dan mengedarkan garispanduan kejuruteraan mekanikal yang berkaitan kepada institusi kesihatan untuk pelaksanaan selaras dengan kemajuan teknologi dan polisi Kementerian.

6. Berinteraksi dengan agensi pusat seperti Perbendaharaan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain dalam melaksanakan kerja-kerja berkaitan mekanikal di institusi kesihatan.

7. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengarah Perkhidmatan Kejuruteraan

Dolu2

· Menjalankan kajian dan pemeriksaan substantif (Seksyen 30) secara terperinci kepada permohonan-permohonan paten/perbaharuan utiliti (details specifications) dan pindaan-pindaan terhadapnya untuk menentukan sama ada permohonan­permohonan tersebut mengikut kehendak-kehendak Akta Paten 1983 dan Peraturan-peraturan paten 1986 berserta dengan pindaan-pindaannya, seterusnya mengeluarkan laporan mengenainya kepada Pendaftar Paten. Elemen-elemen yang perlu dikaji, diselidiki dan difahami dalam spesifikasi permohonan paten antaralain merangkumi:

· Rekacipta yang tidak boleh dipatenkan (Seksyen 13)

· Baru (Seksyen 14)

· Langkah merekacipta (Seksyen 15)

· Boleh digunakan di industri (Seksyen 16)

· Hak terhadap sesuatu paten (Seksyen 18; Peraturan 10)

· Penyerahakan kehakiman akan permohonan paten atau paten (Seksyen 19)

· Rekacipta yang di buat oleh seorang pekerja atau menurut suatu tauliah (Seksyen 20)

· Penyatuan rekacipta (Seksyen 26)

· Pindaan kepada permohonan (Seksyen 26A, Seksyen 30(3), Seksyen 79)

· Memecahkan permohonan asal (Seksyen 26B)

· Hak prioriti (Seksyen 27)

· Kejelasan Tajuk rekacipta mengenai sesuatu rekaciptaan (Peraturan 7 (2))

· Hak pemohon terhadap sesuatu paten (Peraturan 10)

· Perihalan (Peraturan 12)

· Tuntutan (Peraturan 13, 14)

· Abstrak (Peraturan 16)

· Sukatan, Ukuran, Terminologi dan Simbol (Peraturan 17)

· Peristiharan menuntut hak prioriti (Peraturan 21)

· Tandatangan oleh rakan kongsi, syarikat dan persatuan (Peraturan 50)

· Perlantikan atau Pertukaran agen Paten, Borang 17(Peraturan 2(2) Jadual I)