Tuesday, November 24, 2009

Sekarang

Senarai Tugas

1. Menjalankan penilaian teknikal tender untuk perolehan peralatan dan sistem kejuruteraan mekanikal yang baru di institusi kesihatan.

2. Menjalankan kajian teknikal terhadap peralatan dan sistem kejuruteraan di institusi kesihatan untuk tujuan pelupusan dan cadangan perolehan baru.

3. Mengurus dan koordinasi peruntukan tahunan untuk kerja-kerja kecil dan penyelenggaraan yang melibatkan kejuruteraan mekanikal untuk institusi kesihatan.

4. Mengawasi dan melaksanakan projek-projek mekanikal dan kerja-kerja naik taraf di institusi kesihatan.

5. Menyediakan menyemak dan mengedarkan garispanduan kejuruteraan mekanikal yang berkaitan kepada institusi kesihatan untuk pelaksanaan selaras dengan kemajuan teknologi dan polisi Kementerian.

6. Berinteraksi dengan agensi pusat seperti Perbendaharaan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain dalam melaksanakan kerja-kerja berkaitan mekanikal di institusi kesihatan.

7. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengarah Perkhidmatan Kejuruteraan

2 comments:

Author said...

Wah, makin maju nampaknya, teruskan, berusahalah! (bagus,bagus....)

- S R R - said...

haha so mana lagi best?